Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Sistem Skim Perantisan Nasional
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Program Skim Perantisan Nasional (SPN) merupakan satu program Kolaborasi Rentas Kementerian bagi melonjakkan kebolehpasaran dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan untuk belia yang terkesan disebabkan oleh Pandemik Covid-19. SPN memudahkan belia dan pemegang taruh pembangunan belia menghadapi pasca-pandemik serta mendapat manfaat terbaik daripada semua inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dan bukan kerajaan.
SPN juga merupakan satu program yang memberikan peluang kepada perantis mendapatkan pengalaman bekerja di sektor swasta dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Perantis diberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar dengan bimbingan dan pemantauan pegawai yang kompeten serta berpengalaman. Di samping meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training, SPN juga membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.
Program ini menyokong Sustainable Development Goals (SDG) 8 – Decent Work and Economic Growth iaitu dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, inklusif dan mampan, serta pekerjaan untuk semua golongan termasuk belia.
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, implementasi Sistem MySPN ini dapat mengatasi permasalahan pengurusan data atau keciciran data, iaitu dengan memanfaatkan teknologi sistem storan secara digital berbanding manual. Teknologi sistem storan ini dikategorikan secara sistematik berdasarkan kategori permohonan dalam bentuk digital. Ini bertujuan untuk memudahkan proses penyimpanan dan pencapaian semula maklumat secara mudah, cepat, kemas dan efisien. Fungsi sistem ini juga dapat mengurangkan risiko kehilangan dan kerosakan dokumen di samping meningkatkan validity data.

