Pendigitalan Norma Baharu (Pasca-Pandemik)
Vaccine Management System (VMS)
Latar Belakang
Vaccine Management System (VMS) merupakan salah satu projek rintis yang dikenalpasti dalam Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara. VMS telah dibangunkan oleh Syarikat MIMOS Berhad berasaskan platform hyperledger fabric blockchain. Sistem ini memastikan tadbir urus yang cekap dalam pengurusan vaksin Covid-19 bagi menyokong pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). VMS direka untuk mencegah individu daripada menerima vaksin palsu serta mampu menjana sijil vaksinasi digital. Selain itu, sistem ini merekodkan pergerakan vaksin Covid-19 dalam keseluruhan rantaian bekalan daripada pengilang sehingga vaksin tersebut diberikan kepada orang ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Inisiatif ini memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin dan penerimanya di samping menyimpan dan menerbit maklumat vaksinasi bagi tujuan merentas sempadan dan perjalanan. Sistem ini boleh diperluaskan bagi penggunaan pelbagai jenis vaksin pada masa hadapan.
Projek ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kementerian yang dimandatkan untuk melaksanakan program vaksinasi COVID-19. VMS membolehkan:
- Pergerakan vaksin di sepanjang proses rantain bekalan dijejak sehingga ke penerima vaksin
- Kebolehkesanan berdasarkan nombor siri bagi mengenalpasti penerima vaksin
- Status vaksinasi dikemukakan kepada pihak berkuasa dalam bentuk Sijil Vaksinasi Digital sekiranya diperlukan
- Pemalsuan vaksin dikekang
- Semakan status vaksinasi bagi mendapatkan dos vaksin susulan
- Membolehkan pengguna untuk memberikan maklum balas atau laporan melalui aplikasi MySejahtera sekiranya mengalami sebarang gejala akibat daripada vaksinasi
Pelaksanaan VMS menyokong inisiatif Sustainable Development Goal 8





