Golongan Rentan
Belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada belia adalah seperti berikut:
Sistem E-BeliaPengurusan Pertubuhan BeliaProgram Latihan & KebolehpasaranKerajaan juga turut menubuhkan Kelab Usahawan Siswazah Tani (MYAGROSIS) di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani (MOA) untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian. Penglibatan daripada Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut Latihan Pertanian, Politeknik, Kolej Vokasional dan Institut Kemahiran Belia Negara seluruh Malaysia. Maklumat lanjut berhubung MYAGROSIS boleh dilayari di sini
Selain itu, Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia juga turut menyediakan Sekolah Latihan Penerbangan dan Institut Latihan Maritim di bawah pembangunan modal insan kepada belia.
Sekolah Latihan Penerbangan iaitu sebuah akademi yang melatih dan melahirkan juruterbang yang bertauliah dalam mengendalikan pesawat. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan masuk ke Sekolah Latihan Penerbangan, klik di sini
Institut Latihan Maritim yang menawarkan program-program yang berkaitan dengan sektor maritim bagi memastikan pelaut Malaysia mempunyai kompetensi yang standard dengan pelaut lain dan memenuhi keperluan industri perkapalan. Maklumat lanjut berhubung Institut Latihan Maritim boleh dilayari di sini
