Dasar, Standard, Pekeliling dan Garis Panduan
MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
Pengenalan
MyPortfolio adalah dokumen rujukan rasmi yang mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan organisasi serta penjelasan mengenai deskripsi tugas, fungsi, aktiviti, prosedur dan proses kerja yang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan tugas bagi sesuatu jawatan.
Latar belakang
Cetusan idea myPortfolio adalah bermula daripada keputusan Kerajaan melalui Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) pada 30 Mac 2016 yang bersetuju supaya pekeliling-pekeliling MAMPU dirasionalisasikan.
Seterusnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Ogos 2018 dan Mesyuarat Khas KSU/KP pada 16 Ogos 2018 bersetuju bahawa kecekapan perkhidmatan awam boleh dipertingkatkan melalui pemantapan sistem dan prosedur kerja, serta penyediaan carta alir tugasan yang mengandungi tempoh masa bagi proses kerja tertentu.
Bagi memastikan pelaksanaan myPortfolio yang berkesan, satu (1) pekeliling, satu (1) surat pekeliling dan satu (1) buku panduan berkisarkan myPortfolio telah dikeluarkan iaitu:
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 Tahun 2018 – myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.
- Surat PKPA Bilangan 1 Tahun 2018 – Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir Bagi myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.
- MyPortfolio: Instrumen Strategik Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan – Panduan Lengkap Penyediaan Proses Kerja dan Carta Alir.
MyPortfolio merupakan penambahbaikan yang telah dibuat ke atas Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta penggunaan Borang Tindakan Kerja. Di antara pembaharuan yang dibuat melalui myPortfolio adalah seperti berikut:
- Komponen Deskripsi Tugas atau JD yang memperincikan tujuan pewujudan sesuatu jawatan di agensi;
- Menambah elemen parameter dan
