ICT Sebagai Perkhidmatan
Kad Pengenalan Kanak-kanak (MyKid)
Pengenalan
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sebagai dokumen sokongan kepada Sijil Kelahiran. Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
“My” membawa maksud “Malaysia” manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Objektif
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
- Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
- Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
- Bentuk cantik dan menarik.
Impak
Dengan adanya MyKid, ianya memudahkan serta melancarkan urusan harian seperti mendapatkan rawatan hospital, persekolahan, dan lain-lain lagi.
Maklumat Lanjut
Pegawai untuk dihubungi: Unit Komunikasi Korporat, JPN Putrajaya
Telefon: 03-8880 7071
Emel: pro@jpn.gov.my
Media Sosial
Facebook: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Twitter: @jpnm_official
YouTube: jpnmofficial
Instagram: jpn_official
Pautan
MyKid
