ICT Sebagai Perkhidmatan
Komunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGovUC)
Apakah MyGovUC?
MyGovUC adalah Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan yang diuruskan secara berpusat di Jabatan Digital Negara (JDN). Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian dan chat. Perkhidmatan MyGovUC yang dilaksanakan secara Software as a Service (SaaS) merangkumi dua skop perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Software as a Service (SaaS) dan Perkhidmatan Aplikasi Sokongan.
_Infografik.png&w=1080&q=75)
Mengapa MyGovUC?
MyGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos bagi memastikan perkhidmatan komunikasi dan kolaboratif Kerajaan diuruskan secara berpusat untuk kegunaan semua agensi di sektor awam. Melalui perkhidmatan gunasama MyGovUC, Kerajaan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Latarbelakang MyGovUC
Perkhidmatan Government Unified Communication (1GovUC) telah diperkenalkan pada tahun 2012. Jabatan Digital Negara (JDN), Kementerian Digital yang dahulunya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan inisiatif perkhidmatan 1GovUC di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area (NKEA)), Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (Content, Communication and Infrastructure (CCI)) – Titik Permulaan Projek 2 (
