ICT Sebagai Perkhidmatan
Perkhidmatan Government Cloud
LATAR BELAKANG
MyGovCloud@PDSA – Pusat Data Sektor Awam merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh MAMPU bermula pada tahun 2010 dengan tujuan untuk mengkonsolidasi pusat data agensi-agensi Sektor Awam bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, memperkukuhkan keselamatan ICT, meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan dan seterusnya menjimatkan perbelanjaan Kerajaan. Sebagai penyedia perkhidmatan cloud kepada Agensi Sektor Awam, MAMPU telah melangkah setapak lagi untuk menyediakan perkhidmatan cloud yang komprehensif melalui Government Cloud. Government Cloud merupakan strategic collaboration antara cloud service provider (CSP) Kerajaan; MyGovCloud@PDSA dengan empat (4) Panel CSP komersil iaitu Microsoft Azure, Google Cloud, TM Cloud Alpha dan Amazon Web Services (AWS) seperti di Rajah 1, selaras dengan pengumuman YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia semasa pelancaran Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDigital) pada 19 Februari 2021.
Government Cloud memberi peluang kepada agensi-agensi Sektor Awam untuk memanfaatkan emerging technologies seperti data analytics, artificial intelligence (AI), blockchain, internet of things (IoT), virtual/augmented reality (VR/AR) dan sebagainya bermula pada suku ketiga (Q3) tahun 2021 bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada Rakyat dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Inisiatif Government Cloud ini adalah selari dengan United Nations


