Kesalinghubungan
Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (MyGov*Net)
Apakah MyGov*Net?
MyGov*Net adalah Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Integrated Telecommunication Network) yang menyediakan infrastruktur rangkaian untuk Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian
Apakah Matlamat MyGov*Net?
MyGov*Net adalah satu inisiatif yang disediakan untuk menyokong sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dengan menawarkan beberapa perkhidmatan untuk membolehkan capaian kepada aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik, aplikasi dalaman agensi/Intranet dan capaian ke Internet.
Apakah Perkhidmatan yang Ditawarkan Menerusi MyGov*Net?
Skop perkhidmatan MyGov*Net adalah seperti berikut;
Perkhidmatan Rangkaian Kawasan Luas
1) Perkhidmatan Utama yang merangkumi Secured Wide Area Network Services menggunakan teknologi berikut:
a) Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN);
b) Very Small Aperture Terminal (VSAT);
c) Asymmetrical Digital Subscriber Line (ADSL); dan
d)
