Perkongsian Data
PERKONGSIAN DATA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Penggunaan internet dan perkembangan pesat teknologi dalam transformasi digital telah meningkatkan amalan perkongsian data merentas agensi sektor awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyokong hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan data iaitu menggunakan data untuk membuat keputusan. Keputusan berteraskan data (data-driven decision making) akan dapat melonjakkan inovasi berpacukan data bagi memantapkan pelaksanaan penyampaian perkhidmatan ke arah merealisasikan perkhidmatan digital sektor awam yang bersepadu, inklusif, terangkum dan selamat.
Oleh itu, Garis Panduan Perkongsian Data JPA telah dibangunkan berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 2021, Dasar Perkongsian Data Sektor Awam seperti berikut:
- Perkongsian Data atas Keperluan dan Mendapat Persetujuan;
- Perkongsian Data Secara Selamat; dan
- Perkongsian Data Menambah Nilai kepada Perkhidmatan Awam, Rakyat dan Negara
Garis panduan ini menjelaskan secara terperinci skop perkongsian data yang menjadi asas pertimbangan merangkumi pemohon data, jenis data, set data dan kegunaan data. Jenis data yang boleh dikongsikan adalah Data Mentah dan Data Statistik. Data yang dikongsikan adalah merangkumi data-data berkaitan fungsi JPA.
PROSEDUR PERMOHONAN DATA
Sebarang permohonan data JPA perlu dikemukakan secara dalam talian. Pemohon perlu menjelaskan tujuan permohonan data, set atau elemen data yang diperlukan dan impak penggunaan data yang dimohon. Pemohon juga hendaklah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
- Data yang diluluskan ini hanya boleh digunakan bagi tujuan penggunaan yang telah ditetapkan di dalam borang permohonan melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada JPA;
- Sentiasa menjaga kerahsiaan, keselamatan dan integriti data yang dibekalkan;
