Tadbir Urus
Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020
Apakah Pelan Strategik ICT Sektor Awam?
Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) adalah pelan yang menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan ICT Sektor Awam dalam tempoh lima tahun. PSICTSA ini memberi penekanan kepada pengukuhan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bagi mendaya upaya sistem penyampaian yang berimpak tinggi. Pelan ini juga memperkenalkan Visi ICT baharu seiring dengan agenda transformasi Kerajaan ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Pelan ini turut menggariskan strategi dan program sebagai panduan kepada Kementerian/ agensi dalam perancangan serta pelaksanaan inisiatif ICT di agensi masing-masing
Mengapa Pelan Strategik ICT Sektor Awam dibangunkan?
Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) 2016 – 2020 telah dibangunkan untuk menyokong kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Nasional serta mempertingkatkan sistem penyampaian agensi Sektor Awam. Dengan tema "Merakyatkan Perkhidmatan Digital", ianya disejajarkan dengan hasrat Rancangan malaysia Kesebelas (RMK11) dan aspirasi Gagasan Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan paling tinggi dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memberi tumpuan kepada penghasilan outcome yang efektif.
Objektif
Objektif PSICTSA dibangunkan adalah seperti berikut:
i. Menyokong matlamat Kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020;
ii. Menjajarkan penggunaan teknologi dengan hala tuju bisnes Sektor Awam;
iii. Menjajarkan strategi pelaksanaan ICT agensi dengan agenda ICT Sektor Awam; dan
iv. Menjana pulangan nilai bisnes menerusi eksploitasi teknologi dan pelaksanaan ICT yang terancang di Sektor Awam.
Rangka Kerja ICT Sektor Awam adalah seperti di rajah dibawah:

