Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Semakan status individu yang berdaftar sebagai OKU di bawah JKM serta pengurusan OKU boleh dibuat menerusi perkhidmatan ini.
Semakan individu yang menerima bantuan JKM boleh dibuat menerusi perkhidmatan ini.
Bantuan kewangan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT
Perkhidmatan carian atas talian untuk mendapatkan senarai pusat jagaan OKU yang berdaftar dengan JKM mengikut negeri atau nama pusat. Pusat ini merangkumi jagaan harian dan jagaan sepenuh masa untuk golongan OKU.
Permohonan bantuan kewangan khas untuk golongan OKU untuk membeli alat sokongan/ alat tiruan seperti kerusi roda atau kaki palsu.
Permohonan bantuan kewangan khas untuk golongan OKU dewasa yang tidak berupaya bekerja.
Permohonan bantuan kewangan khas kepada penjaga OKU yang terlantar sepenuh masa.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyemak maklumat pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).
Aplikasi ini memaparkan pelbagai inisiatif bantuan kerajaan persekutuan & kerajaan negeri – termasuk makanan, kesihatan, pendapatan, pengangkutan, pendidikan, perumahan dan utiliti, serta inisiatif-inisiatif umum yang lain.
SOROTAN
Permohonan bantuan kewangan khas untuk golongan OKU yang bekerja.
Pengesahan status Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan langkah penting bagi individu yang mengalami ketidakupayaan untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi daripada kerajaan. Melalui pengesahan ini, individu OKU layak menerima pelbagai kemudahan, bantuan kewangan, sokongan pendidikan, peluang pekerjaan serta keistimewaan lain yang disediakan bagi menjamin kebajikan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Kenal pasti kategori dan prosedur pengesahan OKU menerusi topik di dalam perjalanan persona ini.
Panduan kesihatan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan membantu mereka menguruskan kesihatan secara lebih teratur mengikut keperluan khusus masing-masing. Ia merangkumi aspek seperti penjagaan fizikal, rawatan susulan serta penggunaan alat sokongan perubatan. Ikuti panduan dan topik penjagaan kesihatan OKU di dalam perjalanan persona ini.