MyIBJKM merupakan aplikasi rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membenarkan mangsa bencana melaksanakan proses pengurusan kendiri sebelum, semasa dan selepas bencana.
Antara perkhidmatan yang boleh dibuat oleh mangsa bencana:
- Melantik wakil sebagai Ketua Isi Rumah (KIR)
- Mengemas kini semua Ahli Isi Rumah (AIR)
- Mencari lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat
- Mendaftar masuk/ keluar Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
- Memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI)
- Membuat semakan permohonan BWI telah dibuat dan sebaliknya
- Boleh memuat turun borang pendaftaran mangsa dan borang permohonan BWI
- Rekod pendaftaran mangsa dan permohonan BWI