e-LATiH ialah sebuah portal e-pembelajaran yang direka khusus oleh HRD Corp. Melalui e-LATiH, pekerja boleh mengakses pelbagai kursus dalam talian, antaranya termasuk: Pengurusan projek Komunikasi Kemahiran digital Pembangunan diri Kursus-kursus ini disediakan oleh rakan kongsi HRD Corp dan diiktiraf oleh industri. Terdapat kursus yang boleh diakses secara percuma atau berbayar dan peserta boleh belajar mengikut masa mereka sendiri.
Portal Ihsan MADANI merupakan sebuah platform sehenti digital yang dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan bantuan kebajikan berkaitan kos sara hidup rakyat yang dibangunkan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Portal ini mengandungi inisiatif dan bantuan merentasi pelbagai kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi. Antara fungsi utama portal: Carian bantuan mengikut profil pengguna Pengguna boleh menyemak kelayakan awal terhadap bantuan tertentu berdasarkan maklumat peribadi asas. Anda boleh menyemak pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif mengikut profil diri anda di Portal Ihsan MADANI: Carian bantuan mengikut kategori Bantuan boleh dicari mengikut kategori seperti pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan dan utiliti. Maklumat berkaitan inisiatif/ bantuan Ringkasan tentang pengenalan inisiatif, kumpulan sasar, syarat, kadar bantuan, agensi pelaksana serta pautan terus ke permohonan:
Perkhidmatan institusi penjagaan warga emas merujuk kepada pusat atau kemudahan yang menyediakan penjagaan dan sokongan kepada warga emas yang memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan ini diwujudkan bagi memastikan warga emas yang uzur, daif, tinggal bersendirian atau tidak mempunyai penjaga dapat menjalani kehidupan yang selesa dan selamat. Ini termasuk institusi kebajikan yang disediakan sama ada oleh pihak Jabatan atau swasta dan NGO berdaftar di bawah JKM. Berikut merupakan institusi kebajikan warga emas di bawah kendalian JKM: RSK merupakan institusi kebajikan yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang tidak mempunyai waris, daif tetapi boleh berdikari dan menguruskan diri sendiri. Syarat kemasukan: Berumur 60 tahun ke atas Berupaya mengurus diri Tiada waris Tiada pendapatan dan tempat tinggal tetap Tidak menghidap penyakit berjangkit Tidak menghidap penyakit psikiatrik Rumah Ehsan merupakan institusi kebajikan yang memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris serta tidak mampu mengurus diri sendiri Syarat kemasukan: Tidak berupaya mengurus diri Tiada waris/penjaga Tiada sumber pendapatan dan tempat tinggal tetap Warganegara Malaysia Disahkan pegawai perubatan kerajaan sebagai pesakit melarat Tidak menghidap penyakit psikiatrik Tidak menghidap penyakit berjangkit Pusat jagaan swasta dan NGO berdaftar merupakan institusi jagaan yang berdaftar di bawah JKM yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada warga emas yang memerlukan. JKM juga mengawalselia dan meluluskan pendaftaran bagi: Pusat jagaan warga emas swasta Pusat jagaan oleh NGO Pusat jagaan harian atau sepenuh masa
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah institusi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun. Di Malaysia, semua TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi memastikan standard keselamatan dan kualiti penjagaan dipatuhi. Semak senarai TASKA berdaftar: Ibu bapa yang ingin memastikan TASKA pilihan mereka berdaftar dengan Kerajaan boleh melakukan semakan di portal berikut: Kepentingan memilih TASKA berdaftar: Keselamatan : Memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak Kebersihan : Menjaga kebersihan premis dan kesihatan kanak-kanak Kualiti : Memberikan penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti Kelayakan pengasuh : Pengasuh yang terlatih dan berkelayakan Dengan memilih TASKA berdaftar, anda dapat memastikan anak anda dapat menerima penjagaan dan pendidikan awal yang terbaik dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan merupakan sebuah badan bebas yang bertindak sebagai pihak berkuasa melantik bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG5 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5 Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH9 Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N1 Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 Pembantu Pengurusan Murid Gred N1 Pembantu Makmal Gred C1 Pembantu Khidmat Am Gred H1 Prosedur permohonan jawatan di SPP Permohonan jawatan sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sistem MySPP. Pemohon boleh membuat semakan pemohonan, panggilan temu duga, keputusan temu duga dan perkhidmatan dalam talian melalui pautan berikut:
Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan sebuah institusi pendidikan ketenteraan elit di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Murid akan diberi pendedahan awal kepada kehidupan ketenteraan bagi yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hanya pelajar lelaki yang boleh memohon MTD. Struktur pendidikan di MTD adalah seperti berikut: Peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5) Pelajar akan mengikuti kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut pilihan aliran yang disediakan Latihan Ketenteraan Pelajar menjalani latihan fizikal, kepimpinan dan disiplin berasaskan ketenteraan seperti berkawad dan pertahanan diri
Adalah menjadi fitrah pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapat cahaya mata sebagai waris serta mengembangkan keluarga. Namun, bagi pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata sendiri, mereka masih boleh mencurahkan kasih sayang dan membesarkan anak melalui anak angkat. Apa itu pengangkatan? Pengangkatan ialah proses di mana hak dan tanggungjawab ibu bapa kandung terhadap seorang kanak-kanak dipindahkan kepada ibu bapa angkat secara sah. Jenis Pengangkatan di Malaysia Pengangkatan De Facto melalui JPN (Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952) Akta 253 Terpakai kepada penduduk di Semenanjung Malaysia, termasuk Islam dan bukan Islam Tempoh jagaan kanak-kanak 2 tahun ke atas Tidak memerlukan perintah mahkamah Sijil anak angkat akan dikeluarkan kepada ibu bapa angkat Pengangkatan ini boleh dibatalkan melalui Jabatan Peguam Negara Pengangkatan melalui mahkamah (Akta Pengangkatan 1952) Akta 257 Terpakai kepada bukan Islam sahaja Perintah pengangkatan dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen, Tinggi dan Rayuan Selepas perintah pengangkatan dikeluarkan, sijil kelahiran dibawah akta kelahiran dan kematian (Akta 299) akan digantikan dengan sijil kelahiran yang baru
Bantuan Warga Emas (BWE) disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bantuan kewangan kepada warga emas yang memerlukan. Kriteria kelayakan: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Berumur 60 tahun dan ke atas Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma Kadar bantuan: RM600/ sebulan
Institusi kebajikan dan perlindungan wanita dan kanak-kanak di bawah JPW: Rumah Perlindungan Wanita: Memberi perlindungan kepada wanita dewasa yang menjadi mangsa pemerdagangan orang Institusi kebajikan & perlindungan di bawah JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Menempatkan kanak-kanak yang: Diabaikan, didera atau tiada penjaga Diperintah oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 Menyediakan pendidikan asas, penjagaan, pemulihan dan bimbingan. Institusi pemulihan untuk remaja lelaki dan perempuan yang: Terlibat dalam salah laku juvana Diperintah tinggal oleh mahkamah untuk bimbingan dan latihan Menyediakan tempat perlindungan, bimbingan dan pemulihan akhlak kepada remaja lelaki dan perempuan yang: Bermasalah sosial Terlibat dalam salah laku juvana Memerlukan perlindungan atas perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Institusi untuk remaja perempuan yang: Menjadi mangsa penderaan seksual, eksploitasi atau pemerdagangan Memerlukan pemulihan, perlindungan dan bimbingan sahsiah Rumah Perlindungan bagi kanak-kanak di bawah Akta AntiPemerdagangan Orang Dan AntiPenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] Rumah perlindungan untuk memberi perlindungan dan jagaan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan orang Ditempatkan melalui perintah mahkamah iaitu Perintah Perlindugan Interim (IPO) Perintah Perlindungan (PO), dan; Perintah Jagaan dan Perlindungan Lanjut (PJPL)
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Kesihatan Pergigian berusaha memberikan pendidikan, rawatan dan perkhidmatan pencegahan kepada semua lapisan masyarakat, bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja hingga ke warga emas. Perkhidmatan pergigian di fasiliti kesihatan kerajaan Pemeriksaan gigi dan rawatan tampalan Cabutan dan pembersihan karang gigi Pendidikan kesihatan pergigian di sekolah dan komuniti Rawatan kecemasan pergigian Saringan awal penyakit mulut dan kanser mulut