Di Malaysia, memiliki lesen memandu merupakan kewajipan bagi individu yang ingin memandu kenderaan di jalan raya. Lesen Memandu Malaysia (LMM) merupakan dokumen rasmi yang membolehkan seseorang individu memandu kenderaan bermotor di jalan raya secara sah mengikut undang-undang.
Jenis Lesen Memandu:
Lesen Belajar Memandu (LDL)
Lesen sementara bagi calon belajar memandu
Tempoh LDL: 3 atau 6 bulan sehingga maksimum 2 tahun
Pemegang LDL hanya dibenarkan memandu dibawah pengawasan pengajar Institut Memandu atau Penguji JPJ
Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Dikeluarkan selepas lulus ujian amali bahagian 2 & 3 oleh JPJ dan keputusan ujian telah dikemaskini serta masih berkuatkuasa dalam tempoh satu tahun
Tempoh sah Lesen PDL: 2 tahun
Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu kompeten yang dikeluarkan selepas tamat tempoh lesen percubaan (PDL) sekiranya tiada kesalahan saman yang melibatkan KEJARA (mata demerit).
Tempoh pembaharuan bagi warganegara: minimum satu tahun sehingga maksimum 10 tahun sekiranya tiada senarai hitam
Tempoh pembaharuan bagi bukan warganegara: minimum satu tahun sehingga maksimum 5 tahun sekiranya tiada senarai hitam
Lesen Memandu Vokasional (PSV / GDL / Konduktor)
Konduktor
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Lesen Konduktor adalah lesen yang diperlukan oleh individu yang bertugas sebagai konduktor dalam kenderaan perkhidmatan awam seperti bas (Sabah & Sarawak sahaja)
PSV
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Lesen untuk memandu kenderaan pengangkutan awam seperti teksi, bas, e-hailing, bas mini/ van
GDL
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Lesen untuk memandu kenderaan barangan seperti motokar berat (lori), motokar dan motosikal
