Sekiranya pasport anda hilang / rosak semasa berada di luar negara, berikut merupakan langkah yang perlu diambil:
- Buat laporan polis
Buat laporan kehilangan pasport di negara berkenaan. Simpan salinan laporan.
- Hadir ke Pejabat Perwakilan Imigresen/ Kedutaan Malaysia/ Malawakil
Serahkan laporan polis sebagai bukti kehilangan dan mohon Sijil Perakuan Cemas (SPC).
Apakah SPC?
- Dokumen perjalanan satu hala untuk kembali ke tanah air
- Tempoh sah laku: 9 bulan daripada tarikh dikeluarkan
- Kadar bayaran: RM50 atau senilai dengannya
Malawakil: Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara asing merangkumi kedutaan, pesuruhjaya tinggi dan konsulat general di luar negara.
- Buat laporan sebaik tiba di Malaysia
Hadir ke Unit Kehilangan dan Kerosakan, Bahagian Keselamatan dan Pasport di Jabatan Imigresen.
Lengkapkan borang permohonan dan cop sumpah.
Dokumen diperlukan:
- Kad pengenalan
- Sijil Perakuan Cemas

