Pasport Malaysia Antarabangsa: dokumen perjalanan yang dikeluarkan kerajaan kepada warganegara Malaysia bagi tujuan perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
Tempoh sah laku: 5 tahun
Ciri-ciri Keselamatan e-Pasport Malaysia Antarabangsa Versi 2017
- Menepati piawaian DOC 9303 ICAO
- Pelbagai ciri-ciri keselamatan yang terkini khusus bagi menyukarkan pemalsuan
