Lesen Memandu Malaysia (LMM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terbahagi kepada beberapa kelas mengikut jenis kenderaan.
Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Lesen Memandu Kenderaan Orang Cacat Kelas A (Motosikal)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
Lesen Memandu Kenderaan Orang Cacat Kelas A1 (Motokar)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 17 tahun dan ke atas
- Memiliki Kad OKU yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal ≤250cc)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas B (Motosikal > 500cc)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Sihat fizikal dan mental
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas D/DA (Motokar BTM < 3,500kg)
Syarat Kelayakan:
● Berumur 17 tahun dan ke atas
● Sihat fizikal dan mental
● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Memandu Kelas E (Motokar Berat BTM > 7,500kg)
Syarat Kelayakan:
● Berumur 21 tahun dan ke atas
● Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) kelas D minimum 1 tahun
● Sihat fizikal dan mental
● Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
● Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Vokasional
Lesen Vokasional – PSV (Public Service Vehicle)
Tujuan: Untuk memandu kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa, e-hailing, bas dan van sekolah.
Syarat Kelayakan:
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D/DA yang sah dan berkuatkuasa (teksi)
- Memegang Lesen kompeten (CDL) kelas D yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun. (Bas)
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
Lesen Vokasional – GDL (Goods Driving Licence)
Tujuan: Untuk memandu kenderaan barangan seperti motokar berat (lori), motokar dan motosikal (GDL)
Syarat Kelayakan:
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) dalam kelas yang berkaitan (B2/ B/ C/ D / E / E1 / E2) yang sah dan berkuatkuasa melebihi 1 tahun.
- Menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan yang bertauliah
- Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPJ
