Antara situasi pembaharuan pasport termasuk:
- Tamat tempoh
- Sah laku pasport kurang dari 6 bulan
- Halaman penuh
Anda boleh memperbaharui pasport dengan dua kaedah:
- Dalam talian
Permohonan dalam talian bagi pembaharuan pasport dengan syarat pasport semasa masih dalam keadaan baik (tidak rosak/ basah) dan masih dalam simpanan (tidak hilang)
Pemohon bagi kategori berikut tidak boleh memohon secara dalam talian:
- OKU
- Pasport yang rosak/hilang
- Kanak-kanak 13 tahun ke bawah
- Pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Jemaah Haji
- Di kaunter imigresen
Baki tempoh sah laku pasport Malaysia yang lama, dengan had maksimum enam (6) bulan boleh dipindahkan dan dimasukkan ke dalam pasport yang baru dikeluarkan, dengan mematuhi syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan seperti berikut:
- Bukan kes hilang/ rosak
- Bukan kes dalam siasatan
Dokumen yang diperlukan:
- Kad pengenalan
- Sijil lahir (bagi yang berumur 18 tahun ke bawah)
- Pasport Malaysia semasa/ terakhir
Pastikan pasport semasa masih dalam keadaan baik kerana anda perlu membawa pasport tersebut semasa pengutipan pasport yang baharu.