Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada dua kategori iaitu:
Akademik
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Sistem penilaian yang dilaksanakan secara berterusan di dalam bilik darjah untuk mengukur perkembangan dan pencapaian murid sepanjang sesi pembelajaran.
Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Peperiksaan untuk menilai pencapaian akademik murid pada akhir sesi persekolahan.
Bukan Akademik
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Penilaian pencapaian murid dalam aktiviti luar bilik darjah dengan penekanan kepada perkembangan jasmani, kepimpinan, dan penyertaan kokurikulum murid.
Komponen PAJSK terdiri daripada:
- Kokurikulum (Sukan, Kelab dan Badan Beruniform)
- Ekstra Kurikulum
- SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)
PAJSK menyumbang kepada markah merit untuk permohonan kemasukan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Pentaksiran Psikometrik
Mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
