Malaysia Flag

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan kepada Warga Emas

Semua klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk golongan warga emas iaitu:

  • Saringan kesihatan bagi pengesanan awal risiko penyakit
  • Rawatan/ pemeriksaan kesihatan
  • Promosi kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling
  • Rujukan (jika perlu)
  • Lawatan ke institusi warga emas
  • Lawatan rumah

Terdapat juga Kelab Warga Emas atau Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di klinik kesihatan tertentu. Warga emas dapat berkongsi pengalaman, melakukan aktiviti / hobi bersama-sama dan mengisi masa lapang dan mengurangkan rasa kesunyian. 

Sila hubungi klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan info ini.

Tarikh dikemaskini: 10/10/2025

Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© Kerajaan Malaysia Hak Cipta Terpelihara