Sekiranya ibu bapa ingin memohon sekolah menengah selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan harian yang ditawarkan, terdapat beberapa pilihan seperti:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah elit di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Kemudahan asrama penuh untuk memastikan fokus murid kepada pembelajaran
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Menawarkan kurikulum akademik dan pengajian agama Islam
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Sekolah berasrama penuh yang ditawarkan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Terdapat beberapa pilihan aliran dengan kemasukan menerusi pentaksiran khusus
Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
- Untuk murid yang berbakat dalam bidang seni muzik, teater, tarian, seni visual
- Ditawarkan bermula Tingkatan 1 sahaja
Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
- Khusus untuk murid atlet yang berpotensi dan berbakat dalam sukan dan akademik
- Tawaran tertakluk kepada Jawatankuasa Pemilihan dan syarat tertentu
Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Fokus kepada beberapa aliran pengajian kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
- Ditawarkan bermula peringkat menengah atas (Tingkatan 4)
Kolej Vokasional (KV)
- Menawarkan program sijil dan program kemahiran
- Murid akan mendapat sijil kemahiran dan boleh terus bekerja selepas tamat sekolah
- Kemasukan bermula semasa menengah atas (Tingkatan 4)
Maktab Tentera Diraja Malaysia
- Menggabungkan kurikulum akademik dan latihan ketenteraan serta kepimpinan
- Ditawarkan bermula menengah atas (Tingkatan 4) bagi pelajar dengan syarat kelayakan ketat
Sekolah Pendidikan Khas
- Khusus untuk murid berkeperluan khas (MBK), termasuk murid kurang upaya penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran
Sekolah Antarabangsa dan Swasta
- Menggunakan kurikulum British (IGCSE), American, IB, atau kurikulum luar negara lain
