eKasih merupakan Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.
Fungsi utama eKasih:
- Pangkalan data kemiskinan
Menyimpan maklumat individu dan isi rumah berpendapatan rendah (miskin dan miskin tegar) - Rujukan Agensi Pemberi Bantuan
Digunakan oleh pelbagai kementerian dan agensi untuk menyalurkan bantuan
Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua isi Rumah (KIR)?
Ketua isi Rumah (KIR) adalah individu dalam kalangan ahli isi rumah yang bertanggungjawab terhadap ahli isi rumah di dalam sesebuah tempat kediaman.
Siapa yang Layak?
Mereka yang berpendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan KIR mestilah warganegara Malaysia.
Sekiranya anda merupakan individu ataupun keluarga yang layak, anda boleh mendaftar melalui cara berikut:
- Hadir ke Pejabat ICU JPM Negeri atau Pejabat Daerah untuk tujuan pendaftaran
ATAU
2. Melalui:
- Pemimpin Tempatan
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
- Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Semakan pendaftaran
Anda boleh menyemak kelulusan pendaftaran eKasih secara dalam talian:
Semak kelulusan eKasih