Perjalanan Persona

Mengurus Ibu Bapa yang Tua
Mengurus ibu bapa yang semakin berusia memerlukan kesabaran, perhatian dan kasih sayang yang berterusan. Pada peringkat ini, mereka mungkin memerlukan sokongan tambahan dari segi kesihatan, emosi, kewangan dan penjagaan harian. Ikuti topik dan panduan berkaitan pengurusan ibu bapa yang uzur di dalam perjalanan persona ini.

Menjaga Kesihatan Ibu Bapa yang Uzur
Kesihatan ibu bapa yang berusia memerlukan perhatian khusus agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti. Dengan keprihatinan anak-anak serta akses kepada kemudahan kesihatan kerajaan dan komuniti, ibu bapa dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan menjalani hari tua dengan lebih tenang.

Mengurus Kematian Ibu Bapa
Kehilangan ibu bapa merupakan saat penuh duka untuk anak-anak. Mengurus kematian mereka merupakan satu tanggungjawab penting yang melibatkan urusan segera. Ia merangkumi pengurusan jenazah, urusan pengebumian serta penyelesaian dokumen rasmi seperti sijil kematian. Topik di dalam perjalanan persona ini dapat membantu anda mencari panduan tepat dalam pengurusan kematian.

Mengurus Pencen Terbitan bagi Pesara Perkhidmatan Awam dan Tentera
Pencen terbitan merupakan salah satu faedah yang diberikan Kerajaan kepada waris pesara/ penjawat awam/ tentera bagi memastikan kebajikan waris terjamin selepas kematian pesara. Sebagai waris, proses permohonan dan pengurusan faedah pencen yang layak diterima pasangan atau tanggungan yang sah perlu dilakukan. Kenal pasti topik dan panduan khusus pengurusan pencen terbitan di dalam perjalanan persona ini

Mengurus Harta Pusaka
Mengurus harta pusaka adalah proses penting bagi memastikan aset si mati diagihkan kepada waris dengan teratur dan adil. Proses ini melibatkan urusan rasmi seperti pengesahan waris, pentadbiran harta serta pembahagian mengikut hukum faraid atau instrumen perancangan yang telah ditetapkan. Ikuti topik berkaitan mengurus harta pusaka di dalam perjalanan persona ini.
