SMARTSTART 2.0 ialah program pra perkahwinan yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia dirancang khusus untuk membantu individu atau pasangan yang merancang untuk berkahwin agar lebih bersedia sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Program ini merangkumi pelbagai modul yang relevan dengan kehidupan berumah tangga, termasuk:
- Persediaan mental dan pengurusan emosi
Membantu peserta memahami dan mengurus emosi serta membina sikap positif dalam perkahwinan
- Alam perkahwinan
Memberikan gambaran realistik tentang kehidupan berumah tangga dan tanggungjawab suami isteri.
- Aspek perundangan dan ekonomi rumah tangga
Memberikan pengetahuan tentang hak, tanggungjawab, dan pengurusan kewangan dalam perkahwinan.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari portal LPPKN di pautan berikut:
e-Pembelajaran LPPKN