Semua klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk golongan warga emas iaitu:
- Saringan kesihatan bagi pengesanan awal risiko penyakit
- Rawatan/ pemeriksaan kesihatan
- Promosi kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling
- Rujukan (jika perlu)
- Lawatan ke institusi warga emas
- Lawatan rumah
Terdapat juga Kelab Warga Emas atau Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di klinik kesihatan tertentu. Warga emas dapat berkongsi pengalaman, melakukan aktiviti / hobi bersama-sama dan mengisi masa lapang dan mengurangkan rasa kesunyian.
Sila hubungi klinik kesihatan terdekat untuk mendapatkan info ini.
