Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Keputusan MUET diwajibkan untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam bagi memenuhi syarat tertakluk kepada senat Universiti Awam. MUET terdiri daripada empat modul iaitu: Kertas 1 (Listening) Kertas 2 (Speaking) Kertas 3 (Reading) Kertas 4 (Writing) Tahap Penguasaan: Bermula Band 1.0 hingga Band 5+ Tempoh Sah Laku Sijil: Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
Bantuan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar Minimum RM150.00 sehingga maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga. Kriteria kelayakan: Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain Faktor-faktor lain yang sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) ialah bantuan bulanan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU) atau warga emas yang terlantar, tidak mampu menguruskan diri dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Bantuan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap tanggungjawab penjaga yang menjaga OKU terlantar di rumah dan bertujuan untuk membantu menampung kos asas penjagaan dan keperluan harian. Kelayakan permohonan Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Kategori pemohon: Penjaga kepada OKU/ pesakit kronik terlantar; atau Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan sekurang-kurangnya 3 bulan minimum; atau OKU/ pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaga bukan warganegara Malaysia, bantuan akan diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan Kadar bantuan RM500 sebulan Dibayar kepada penjaga yang sah dan disahkan oleh JKM
Skim Insurans Pekerjaan (SIP) ialah satu skim keselamatan sosial yang diwujudkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Skim ini bertujuan untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan menyediakan bantuan kewangan sementara serta sokongan penempatan pekerjaan baharu. Antara kelayakan akibat kehilangan pekerjaan: Pemberhentian kerja biasa VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela) Penutupan tempat kerja kerana bencana alam Penutupan perniagaan atau penutupan operasi Pembuangan kerja secara konstruktif Antara contoh kehilangan pekerjaan yang tidak layak: Penamatan akibat salah laku pekerja Peletakan jawatan secara sukarela Persaraan wajib Antara faedah SIP: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP): Penerima faedah yang layak akan menerima elaun selama 3-6 bulan Elaun Pendapatan Berkurang (EPB): Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA): 25% insentif bagi pekerja yang kembali bekerja semula lebih awal semasa tempoh EMP Elaun Latihan (EL) : kadar harian sebanyak RM10-20 untuk latihan semula Fi Latihan (FL) : Pembiayaan yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan pada kadar maksimum sehingga RM4,000
Program Job Coach dibangunkan untuk menggalakkan dan menyokong OKU di dalam pasaran kerja terbuka. Program ini diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyokong usaha pemerkasaan ekonomi dan sosial OKU melalui penempatan kerja berstruktur. Semua kategori OKU layak mendapatkan perkhidmatan Job Coach. Siapakah Job Coach? Individu berpengalaman dalam memberi sokongan kepada OKU Telah menghadiri kursus asas Job Coach Menjadi penghubung antara OKU dan majikan Antara peranan Job Coach: Menilai OKU Menilai tempat kerja Pemadanan kerja (job matching) Sokongan dan tindakan susulan Lokasi perkhidmatan Job Coach: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
Program PDK Ku Sihat merupakan sebuah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dilaksanakan melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan penjagaan diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengikuti PDK. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti: Saringan kesihatan berkala (BMI, tekanan darah, gula dalam darah) Ceramah dan pendidikan kesihatan Aktiviti senaman ringan dan fisioterapi Pendidikan kebersihan diri (contohnya cara mencuci tangan, penjagaan mulut dan gigi) Pendidikan pemakanan sihat Sekiranya anda berminat untuk mendaftar program PDK Ku Sihat, rujuk ke klinik kesihatan berhampiran anda. Rujukan: PDK Ku Sihat
PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah (B40) kepada penjagaan kesihatan, terutamanya dari aspek pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD). Kelayakan: Warganegara Malaysia Berumur 40 tahun dan ke atas Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan mereka Manfaat Skim PeKa B40 Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma Saringan kesihatan percuma di klinik swasta berdaftar dengan PeKa B40 yang merangkumi: Pengambilan sejarah kesihatan termasuk faktor risiko kesihatan Saringan kesihatan mental Pemeriksaan fizikal Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko Ujian darah dan ujian air kencing Manfaat 2: Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 Manfaat ini melibatkan bantuan alat perubatan yang tidak diberikan subsidi oleh hospital KKM. Antara alat bantuan perubatan termasuk: Stent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda Saringan kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat ini. Manfaat 3: Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000 Insentif ini diberikan kepada pesakit kanser dari kalangan B40 dan dipecahkan kepada dua kali pembayaran: RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser Pesakit perlu melengkapkan saringan kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu dan kelayakan Manfaat 3 ini perlu disahkan doktor atau pakar perubatan KKM. Manfaat 4: Insentif tambang pengangkutan Penerima Manfaat 2 (bantuan alat perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (insentif melengkapkan rawatan kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini. Had maksimum bantuan yang boleh diterima: RM500 untuk Semenanjung Malaysia RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan Jumlah insentif tamban tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Bantuan yang diberikan oleh JKM kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh pegawai perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan. Jenis alat sokongan/tiruan kepada OKU: Kerusi roda manual/ elektrik: untuk OKU fizikal yang tidak boleh berjalan Tongkat putih dan mesin braille: untuk OKU penglihatan dan masalah mobiliti Kaki atau tangan palsu (prosthesis): alat ganti kehilangan anggota badan Alat bantu pendengaran: untuk OKU pendengaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan alat tiruan/ alat sokongan kepada OKU dengan kadar mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan. Syarat: Warganegara dan bermastautin di Malaysia Merupakan kumpulan sasar JKM Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta) atau pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan Atau mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM Untuk permohonan bantuan boleh rujuk di pautan:
Apakah Pas Menyeberang Sempadan Malaysia-Indonesia? Dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warganegara Malaysia menetap lebih 6 bulan di: Sabah: Daerah Pentadbiran Pensiangan Tenom Sipitang Tawau Sarawak: Lundu Bau Kuching Serian Simanggang Lubok Antu Tempoh Sah Laku: 1 tahun daripada tarikh dikeluarkan dan hanya boleh berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari dalam satu tempoh masa Bayaran: RM20