PELANCONGAN
Sebelum melancong ke luar negara, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut dari segi keperluan imigresen antarabangsa: Pasport dan dokumen perjalanan yang sah dan mempunyai tempoh sah laku enam bulan ke atas Visa atau pas masuk yang sah mengikut kewarganegaraan Mempunyai Pas Masuk Kapal atau ‘Boarding Pass’ yang sah Bukan merupakan individu yang tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia
Bagi anak warganegara Malaysia di bawah usia 18 tahun yang tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan sebelum dibenarkan berlepas ke luar negara. Pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan Kad pengenalan (MyKid) Salinan sijil kelahiran Salinan kad pengenalan ibu atau bapa dan surat kebenaran Bagi ibu bapa yang bercerai atau dalam proses mahkamah: Mempunyai kebenaran bertulis yang sah daripada ibu atau bapa Jabatan Imigresen Malaysia tidak bertanggungjawab jika terdapat halangan mahkamah yang tidak dimaklumkan oleh pihak ibu atau bapa.
Semakan Senarai Hitam ( Blacklist ) membolehkan orang awam menyemak status sekatan perjalanan ke luar negara. Perkhidmatan ini bertujuan membantu individu memastikan mereka tidak dikenakan halangan imigresen sebelum merancang perjalanan antarabangsa.
