Bandar Pintar
Program Smart city RAP 2020
Latarbelakang/Overview Inisiatif
Selaras dengan pembangunan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia yang dilancarkan pada September 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan program Smart City Rap 2020 secara virtual sepenuhnya selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 November 2020. Program ini turut melibatkan kolaborasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta rakan industri bandar pintar seperti The Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Perbadanan Putrajaya (PPj), Cyberview Sdn. Bhd, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Esri Malaysia, TMOne, Boost, Sena Traffic dan lain-lain.
Program Smart City Rap bertujuan untuk menjadi sebuah platform perkongsian idea, kepakaran dan pengalaman antara pihak berkepentingan khususnya PBT dan agensi terlibat dalam pembangunan bandar pintar di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk i) menggalakkan pelaksanaan bandar pintar di Malaysia melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman berkaitan bandar pintar; ii) meningkatkan kesedaran tentang keupayaan penyelesaian dan perkhidmatan bandar pintar (smart city solutions and services) dalam pengurusan dan pembangunan bandar; dan iii) mewujudkan peluang kerjasama dan kolaborasi antara Kerajaan dan pihak industri dalam pelaksanaan bandar pintar.
Peserta program ini terdiri daripada wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri, PBT, Jabatan/Agensi Persekutuan, pihak akademia serta pemain-pemain industri bandar pintar negara. Ia melibatkan 10 sesi perkongsian daripada 15 buah agensi Kerajaan pelbagai peringkat serta pemain industri. Antara topik sesi perkongsian termasuk Accelerating Smart Cities through Strategic Partnership; Towards Smart Governance and Smart Communities; Towards Cashless Society; Improving Traffic Management Through Smart Mobility

