INTEGRITI, TADBIR URUS DAN UNDANG-UNDANG
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 ( Akta 521 ) Melindungi semua individu yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga. Akta Anti Gangguan Seksual 2022 ( Akta 840 ) Diwartakan pada 18 Oktober 2022. Merupakan peruntukan hak tebus rugi bagi mana-mana orang yang diganggu secara seksual. Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) Alternatif kepada mahkamah sivil untuk mangsa gangguan seksual mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan hak tebus rugi secara cepat dan mudah dengan kos yang minimum. Kanun keseksaan (Akta 574) Hukuman bagi kesalahan seksual dan hendap ( stalker ) Akta kerja 1955 Hak pekerja wanita dan perlindungan di tempat kerja seperti: Larangan pemberhentian kerja semasa hamil Cuti bersalin dilanjutkan dari 60 hari kepada 98 hari Cuti paterniti selama 7 hari untuk suami yang layak Pengenalan fleksibiliti masa kerja ( flexible working arrangement ) dengan persetujuan di antara pekerja dan majikan Larangan diskriminasi dalam pekerjaan melalui Seksyen 69F Peruntukan gangguan seksual yang lebih tegas, termasuk kewajipan majikan untuk menyiasat dalam tempoh 60 hari
Undang-undang kanak-kanak di Malaysia berperanan penting dalam melindungi hak, kebajikan dan keselamatan setiap kanak-kanak. Melalui akta ini, pelbagai aspek perlindungan diberi perhatian termasuk pencegahan penderaan, pengabaian, keganasan, eksploitasi ekonomi dan seksual. Ia juga memperuntukkan penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk mengendalikan kesalahan jenayah melibatkan kanak-kanak dengan pendekatan lebih berunsur pemulihan berbanding hukuman semata-mata. Antara akta berkaitan kanak-kanak termasuk: Akta Kanak-Kanak 2001 Peruntukan tentang perlindungan daripada penderaan, pengabaian, eksploitasi serta prosedur mahkamah bagi kanak-kanak. Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), PBB. Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) Memperuntukkan undang-undang khusus berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak Meliputi gangguan seksual, pornografi kanak-kanak, eksploitasi seksual komersial dan sebagainya.