Pasukan Bomba Sukarela (PBS) merupakan pasukan sukarelawan yang membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha pencegahan kebakaran, pengoperasian, penyelamatan dan bantuan kecemasan di kawasan setempat.
Pasukan ini diwujudkan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi kecemasan serta mempercepat bantuan awal sebelum ketibaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Pegawai Bomba Sukarela (PeBS) juga diberikan latihan asas berkaitan kebakaran, keselamatan dan penyelamatan bagi memastikan mereka mampu menjalankan tugas dengan lebih cekap dan selamat.
Sekiranya kawasan anda memerlukan sebuah Pasukan Bomba Sukarela, berikut merupakan langkah yang boleh diambil:
- Kenal pasti keperluan kawasan
- Kenal pasti risiko kebakaran dan kecemasan di kawasan anda.
- Jarak dengan balai bomba berhampiran.
- Dapatkan sokongan penduduk/komuniti setempat bagi keahlian.
- Tubuhkan jawatankuasa penaja
- Lantik penyelaras atau jawatankuasa penaja.
- Kenal pasti calon anggota daripada komuniti setempat.
- Tetapkan lokasi operasi PBS.
- Dapatkan sokongan dan kerjasama
- Berhubung dengan JBPM Negeri/Bahagian yang berdekatan untuk khidmat nasihat dan penyelarasan.
- Sediakan keperluan pendaftaran
- Senarai nama dan maklumat calon anggota.
- Maklumat lokasi dan kawasan liputan PBS.
- Maklumat organisasi/jawatankuasa PBS.
- Dokumen sokongan yang diperlukan oleh JBPM.