Menjadi sukarelawan bukan sahaja tentang menyumbang tenaga dan kepakaran dalam memberi manfaat kepada komuniti dan mansyarakat. Ia juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu bagi aktiviti khusus seperti sokongan emosi serta psikososial kepada mangsa.
Melalui Institut Sosial Malaysia (ISM), anda boleh mengikuti beberapa bengkel kesukarelawanan yang boleh meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sebagai sukarelawan.
Antara Program yang Ditawarkan:
- Bengkel Sukarelawan Peringkat Asas
Pengenalan kepada prinsip dan etika serta falsafah kesukarelawanan, hak dan tanggungjawab serta kemahiran asas yang diperlukan oleh sukarelawan.
- Bengkel Sukarelawan Peringkat Pertengahan
Pengetahuan tentang kemahiran kepimpinan, pengurusan konflik, pendanaan, pengurusan aktiviti, membina jaringan strategik dan pengurusan data sukarelawan.
- Bengkel Sukarelawan Peringkat Lanjutan
Pengetahuan tentang advokasi dan perundangan serta pemerkasaan komuniti.
- Bengkel Training for Trainers (TOT) Sukarelawan
Pendedahan tentang peranan jurulatih, ciri-ciri jurulatih berkesan, teknik dalam penyampaian berkesan.
- Kursus Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid - PFA)
Pendedahan tentang krisis/bencana dan impak psikologi ke atas mangsa, mengaplikasikan prinsip tindakan PFA:
- Bersedia (Prepare)
- Melihat (Look