Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu skim yang dipohon oleh sekumpulan penduduk yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 orang dan berumur 18 tahun ke atas secara sukarela. Ia ditubuhkan dengan bertujuan untuk memastikan kawasan komuniti sentiasa selamat dan sejahtera dari aktiviti jenayah dan masalah sosial melalui aktiviti rondaan dan pencegahan jenayah.
Tugas utama anggota SRS:
- Meronda di dalam kawasan sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga
- Mengawal di Pusat Kawasan pada apa-apa waktu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah
- Mengawal di mana-mana premis, tempat atau lokasi di dalam kawasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pengarah.
Permohonan untuk mengendalikan SRS di keseluruhan atau sebahagian kawasan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga.
Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian atau manual mengikut saluran yang ditetapkan.
Permohonan Penubuhan Skim Rondaan SukarelaBaca lanjut mengenai Skim Rondaan Sukarela