Mengapa status PMKS penting?
Status PMKS membolehkan kerajaan dan agensi berkaitan mengenal pasti saiz serta keperluan sesebuah perusahaan dengan lebih tepat. Ia juga digunakan dalam pelaksanaan program pembangunan PMKS.
Usahawan PMKS boleh mendapatkan pelbagai bentuk sokongan daripada kementerian dan agensi kerajaan, antaranya:
- Pembiayaan dan kemudahan kewangan
- Latihan dan pembangunan keusahawanan
- Khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan
- Pembangunan produk dan teknologi
- Pendigitalan dan automasi;
- Pensijilan dan peningkatan produktiviti;
- Penjenamaan dan pemasaran
Pengesahan status PMKS membolehkan usahawan memohon program, bantuan atau insentif khusus yang ditawarkan agensi kerajaan.
Sijil status PMKS perlu diperbaharui setiap dua tahun.
Baca lanjut