KEUSAHAWANAN
Pendaftaran merupakan langkah pertama untuk memulakan perniagaan. Ia membantu mewujudkan identiti perniagaan yang sah. Mempunyai identiti perniagaan yang sah membolehkan usahawan mendapatkan lesen, permit atau kemudahan perniagaan seperti pinjaman perniagaan, geran perniagaan, insentif perniagaan, subsidi perniagaan atau lain-lain kemudahan perniagaan yang berkaitan. Pemilihan identiti perniagaan yang bersesuaian diperlukan berdasarkan bilangan pemilik, skala perniagaan, keperluan modal, tanggungan pemilik dan rancangan perkembangan perniagaan. Bentuk Entiti Perniagaan Milikan Tunggal Dimiliki sepenuhnya oleh seorang individu di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sesuai untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau mengurus perniagaan sendiri. Syarat umum: Warganegara Malaysia atau penduduk tetap Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan: Nama sendiri seperti yang tercatat pada kad pengenalan; atau Nama tred , iaitu nama perniagaan yang dipilih dan perlu mendapat kelulusan SSM Perkongsian Perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi 20 orang rakan kongsi. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) Menggabungkan ciri perkongsian konvensional dengan beberapa ciri sebuah syarikat. PLT didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) dan boleh dipertimbangkan oleh usahawan yang memerlukan struktur perkongsian yang lebih formal. Syarikat Sdn. Bhd. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) Sesuai bagi perniagaan yang mempunyai perancangan operasi dan pertumbuhan yang lebih besar atau memerlukan struktur pemilikan dan pengurusan yang lebih formal. Bersedia untuk mendaftar entiti perniagaan yang sesuai untuk anda? Pendaftaran Perniagaan Sabah dan Sarawak (Milikan Tunggal) Bagi usahawan yang ingin mendaftar entiti milikan tunggal di Sabah dan Sarawak, pendaftaran perlu dilakukan menerusi PBT kawasan masing masing. Inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) SSM juga menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada usahawan bagi beberapa kategori: Pelajar IPT Sepenuh masa Usahawan Kumpulan B40 Warga emas
Mengapa status PMKS penting? Status PMKS membolehkan kerajaan dan agensi berkaitan mengenal pasti saiz serta keperluan sesebuah perusahaan dengan lebih tepat. Ia juga digunakan dalam pelaksanaan program pembangunan PMKS. Usahawan PMKS boleh mendapatkan pelbagai bentuk sokongan daripada kementerian dan agensi kerajaan, antaranya: Pembiayaan dan kemudahan kewangan Latihan dan pembangunan keusahawanan Khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan Pembangunan produk dan teknologi Pendigitalan dan automasi; Pensijilan dan peningkatan produktiviti; Penjenamaan dan pemasaran Pengesahan status PMKS membolehkan usahawan memohon program, bantuan atau insentif khusus yang ditawarkan agensi kerajaan. Sijil status PMKS perlu diperbaharui setiap dua tahun.
Mencari ruang perniagaan mesra bajet untuk bermula? Khusus untuk usahawan Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan kemudahan sewaan premis dan fasiliti yang fleksibel bagi merealisasikan aspirasi perniagaan anda. Pilihan ruang niaga MARA direka khusus untuk menampung pelbagai skala dan sektor perniagaan anda, antaranya: Arked MARA Ruang niaga yang menempatkan kedai-kedai kecil dan biasanya dilengkapi kemudahan asas seperti parkir, surau dan ruang makan Bazar MARA Lot perniagaan dalam bangunan sederet Lot Komersial Ruang niaga MARA yang terletak dalam kompleks atau pembangunan komersial Kompleks Industri MARA (KIM) dan MARA Halal Industry (MHI) Park Lot industri bagi aktiviti pembuatan, perkhidmatan dan perusahaan. MARA turut menyediakan platform MyPremis bagi membantu usahawan menyemak kekosongan terkini dan menghantar permohonansecara dalam talian sepenuhnya.
Anda usahawan yang mencari premis untuk disewa? Antara agensi yang menawarkan bantuan sewaan premis: SME Bank SME Bank menyediakan kompleks premis usahawan (EPC) dalam bentuk lot kilang yang berpatutan kepada PMKS Bumiputera. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) PUNB menyediakan ruang sewaan pada kadar kompetitif kepada usahawan di beberapa lokasi strategik seluruh negara. UDA Holdings Berhad Menyediakan ruang niaga dengan kadar sewa yang berpatutan untuk usahawan. PKNS BizPoint Ruang khusus yang disediakan bagi pelaksanaan program keusahawanan oleh Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). PERNAS Pilihan hartanah komersial di lokasi strategik seluruh negara dengan kadar sewaan yang kompetitif.
Sebagai usahawan, lesen dan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) penting untuk memastikan premis serta aktiviti perniagaan dijalankan secara sah, selamat dan mematuhi undang-undang kecil tempatan. Jenis lesen atau permit yang diperlukan bergantung pada jenis perniagaan, lokasi premis, bentuk aktiviti, penggunaan ruang dan syarat PBT masing-masing. Oleh itu, keperluan lesen di satu kawasan tidak semestinya sama dengan kawasan PBT yang lain. Semak senarai pihak berkuasa tempatan di kawasan anda bagi tujuan mendaftar permit dan pelesenan. Bagi memudahkan usahawan mengenal pasti pendaftaran dan pelesenan yang berkaitan berdasarkan aktiviti serta lokasi perniagaan, anda boleh menyemak keperluan lesen dan permit melalui portal MalaysiaBiz. Sistem BLESS Next Gen Bagi usahawan yang memerlukan lesen dan permit khusus, KUSKOP turut menyediakan kemudahan permohonan lesen melalui sistem Business Licensing Electronic Support System (BLESS Next Gen).