Bagi usahawan yang menjalankan perniagaan berkaitan makanan dan minuman, keselamatan makanan merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian. Keselamatan makanan melibatkan pengendalian, penyediaan, penyimpanan, pemprosesan dan penyajian makanan dengan cara yang dapat mengurangkan risiko pencemaran serta memastikan makanan selamat untuk dimakan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan keselamatan makanan:
- Suntikan typhoid bagi pengendali makanan
- Kebersihan diri pengendali makanan
- Kebersihan premis dan peralatan
- Kawalan suhu semasa penyimpanan dan penyediaan
- Sumber bahan mentah yang bersih dan selamat
- Penyimpanan bahan makanan dengan betul
- Kawalan makhluk perosak
- Pengurusan sisa
Sebagai usahawan makanan, anda perlu memastikan pekerja yang mengendalikan makanan memenuhi keperluan yang ditetapkan termasuk mengikuti Latihan Pengendali Makanan.
Selain itu, anda juga perlu menyemak keperluan lesen PBT, pendaftaran premis makanan dan keperluan lain dengan KKM dan agensi tertentu mengikut jenis operasi yang dijalankan.