
BeSS (Bersih dan Selamat) merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis makanan (tidak melibatkan kilang makanan) yang dinilai memenuhi kriteria kebersihan dan keselamatan makanan.
Bagi usahawan makanan, pengiktirafan BeSS boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan kerana premis yang telah diiktiraf boleh mempamerkan sijil dan logo BeSS sebagai tanda bahawa premis telah melalui penilaian KKM.
Pengiktirafan BeSS sesuai untuk pengusaha premis makanan di Malaysia, seperti:
- Restoran / kedai makan / kafeteria
- Gerai makan
- Kantin sekolah
- Kios - apa-apa struktur pondok kecil atau gerai (statik atau bergerak) dalam bangunan yang terlibat bagi penyediaan, penyajian dan penjualan sebarang makanan dan minuman ringan
- Premis berangkai
- Semua kenderaan yang terlibat dalam menyediakan dan menjual makanan sedia dimakan seperti food truck.
Antara aspek yang diberi perhatian BeSS termasuk:
- Mengekalkan premis yang bersih
- Menyediakan makanan yang selamat
Tempoh sah laku: 3 tahun
Baca lanjut