
MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) merupakan skim pensijilan keselamatan makanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu usahawan makanan memenuhi keperluan minimum program jaminan keselamatan makanan.
Skim ini sangat sesuai untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor makanan yang ingin membangunkan sistem kawalan keselamatan makanan secara lebih teratur.
Pegawai KKM akan menilai tahap pematuhan premis dan sistem kawalan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan.
Tempoh sah laku: 3 tahun
Baca lanjut tentang pensijilan MeSTI