
Pensijilan Trust MyCatering merupakan satu mekanisme kawalan keselamatan makanan yang komprehensif bagi industri perkhidmatan makanan untuk memastikan pematuhan kepada keperluan keselamatan dan kualiti makanan. Ini adalah bagi menangani isu keracunan makanan melibatkan industri perkhidmatan makanan secara lebih proaktif.
Pensijilan ini juga merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pengusaha perkhidmatan makanan yang komited dalam menghasilkan makanan yang selamat. Bimbingan secara berterusan akan diberikan kepada pengusaha perkhidmatan makanan yang memohon pensijilan ini.
Kategori perkhidmatan penyediaan makanan yang layak memohon pensijilan Trust MyCatering adalah seperti:
- Penyediaan makanan untuk sesuatu acara/ program, majlis perkahwinan, jamuan, rumah terbuka, seminar, konvensyen, persidangan, atau mesyuarat
- Majlis-majlis lain yang dikendalikan di restoran, kantin/ dewan makan asrama (kilang, agensi kerajaan/ swasta, institusi pendidikan)
- Hospital/ pusat rawatan harian
- Dapur hotel
- Katering-kontrak
- Mana-mana perkhidmatan makanan yang melibatkan semua golongan pengguna
Tempoh sah laku: 3 tahun
Baca lanjut tentang Trust MyCatering