
Secara umumnya, usahawan makanan yang baru bermula akan menyediakan makanan dari dapur rumah mereka. Bagi menyokong usahawan ini dalam meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna, Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program ini menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi keperluan perundangan semasa. Melalui penyenaraian ini, ia mampu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk mereka.
Penyenaraian ini terbuka kepada pengusaha home-based food yang menghasilkan makanan di dapur rumah untuk tujuan jualan dan memenuhi syarat ditetapkan oleh Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Tempoh sah laku: 3 tahun
Baca Lanjut