MyHALAL MARA merupakan inisiatif strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan halal dalam kalangan usahawan Bumiputera. Program ini bersesuaian untuk usahawan yang masih belum bersedia sepenuhnya untuk memohon sijil halal JAKIM secara terus.
Antara kemudahan yang disediakan melalui MyHALAL MARA termasuk:
- Khidmat nasihat dan bimbingan halal oleh Eksekutif Halal MARA
- Geran untuk mendapatkan pensijilan Halal melalui Program Business Enrichment Standardization Transformation (BEST)
- Konsultasi dan lawatan tapak bagi tujuan pra-audit halal
- Latihan / Seminar Halal yang diiktiraf JAKIM melalui Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
- Kemudahan Pembiayaan ubah suai premis dan pembelian peralatan (CERT) bagi tujuan mendapatkan pensijilan
- Kemudahan premis dan infrastruktur komersial termasuk MARA Halal Industrial Park (MHI Park)
MARA turut menyediakan Borang Penilaian Ketersediaan MyHALAL MARA yang membantu menilai tahap kesediaan perniagaan bagi mendapatkan pensijilan Halal.