Menggaji pekerja merupakan salah satu langkah penting apabila perniagaan mula berkembang dan memerlukan tenaga tambahan untuk menyokong operasi. Bagi usahawan baharu, keputusan untuk mengambil pekerja perlu dibuat dengan teliti kerana ia melibatkan komitmen kewangan, pengurusan sumber manusia dan tanggungjawab undang-undang sebagai majikan.
Sebelum mengiklankan jawatan, majikan disarankan menentukan keperluan pengambilan terlebih dahulu, seperti:
- Nama jawatan
- Bilangan pekerja yang diperlukan
- Skop tugas dan tanggungjawab
- Kelayakan akademik, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan
- Lokasi serta waktu bekerja
- Jenis pekerjaan seperti tetap, kontrak atau separuh masa;
- Julat gaji yang ditawarkan
- Tarikh mula bekerja dan tempoh pengambilan
Maklumat yang jelas membantu calon memahami jawatan dan memudahkan proses pemadanan dengan pencari kerja yang bersesuaian.
Bagi usahawan yang ingin mengambil dan menggaji pekerja, mereka boleh mengiklankan kekosongan jawatan dan mengurus permohonan melalui MYFutureJobs. Perkhidmatan pengambilan pekerja ini disediakan secara percuma.
Kelebihan menggunakan platform MYFutureJobs
- Mengiklankan peluang pekerjaan
- Akses kepada pencari kerja tempatan
- Akses kepada perkhidmatan pekerjaan PERKESO