Anda mempunyai idea perniagaan berasaskan teknologi atau inovasi dan berpotensi untuk dibangunkan?
Cradle Fund mempunyai peranan dalam ekosistem syarikat pemula peringkat awal di Malaysia terutama sekali kepada bakal usahawan teknologi yang mempunyai idea untuk dibangunkan menjadi produk, prototaip atau penyelesaian komersial yang boleh berkembang ke pasaran yang lebih luas.
Antara bentuk sokongan utama Cradle ialah:
- Pembiayaan pembangunan idea dan produk
- Pembiayaan pengkomersialan bagi produk atau perkhidmatan teknologi
- Bimbingan pembangunan model perniagaan
- Validasi pasaran
- Akses kepada pasaran dan rangkaian perniagaan
Antara program pembiayaan utama yang ditawarkan ialah:
- CIP SPARK
Geran bersyarat sehingga RM150,000
Tempoh maksimum: 18 bulan
Membantu bakal usahawan teknologi dan startup teknologi di peringkat awal seperti pembangunan idea, prototaip, Minimum Viable Product (MVP) dan aktiviti pra-pengkomersialan.
Baca lanjut