KEUSAHAWANAN
Memulakan perniagaan bukan sekadar mempunyai idea untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Bakal usahawan perlu mengenal pasti peluang perniagaan yang mempunyai permintaan, mampu dilaksanakan dan berpotensi untuk berkembang. Proses ini melibatkan pemerhatian terhadap keperluan pengguna, perubahan pasaran, trend semasa serta masalah yang masih belum mempunyai penyelesaian yang sesuai. Bagaimana Mengenal Pasti Peluang Perniagaan? Kenal pasti masalah atau keperluan pengguna Kenali kemahiran dan sumber yang dimiliki Kaji trend dan perubahan pasaran Kenal pasti sasaran pelanggan Kaji pesaing yang sedia ada Uji idea pada skala kecil sebelum membuat pelaburan besar
Adakah anda ingin mengetahui sama ada anda mempunyai personaliti dan daya tahan seorang usahawan? Melalui ujian personaliti MyNEPT (Malaysian National Entrepreneurship Psychometric Test) yang disediakan oleh Institut Kemahiran Malaysia (INSKEN), usahawan boleh mengenal pasti kecenderungan berkaitan keusahawanan serta memperoleh gambaran awal tentang karakter diri sebelum merancang perjalanan keusahawanan mereka.
Kursus Asas Keusahawanan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) merupakan program latihan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang direka khas untuk membantu usahawan baharu dan individu yang ingin menceburi bidang perniagaan. Tempoh program: 2 hari Antara pengisian program: Penyediaan model perniagaan (Business Model Canvas) Buku Panduan Asas Usahawan (padU) Penilaian Personaliti Usahawan MyNept Penginapan, makanan dan minuman Selain daripada program Kursus Asas Keusahawanan, terdapat juga program keusahawanan lain di bawah INSKEN, antaranya: Pusat Rujukan Inklusif: Usahawan MADANI (PRIME) PRIME menjadi pusat sehenti bagi usahawan untuk mendapatkan akses maklumat, bantuan, program keusahawanan serta khidmat konsultasi perniagaan secara berkala. Terbuka kepada usahawan nano, mikro dan kecil, bakal usahawan, belia serta individu yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan. INSKEN Masterclass Pendekatan teknikal dan praktikal dengan fokus kepada pemasaran, operasi, kewangan dan pengurusan.
Latihan Keusahawanan MARA merupakan inisiatif bantuan sokongan pembangunan usahawan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan melengkapkan usahawan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran perniagaan, serta ciri-ciri keusahawanan yang maju dan berdaya saing. Latihan merangkumi usahawan industri berikut: Makanan & Minuman Automotif Pembinaan Gaya Hidup Perkhidmatan
Pembiayaan Perniagaan MARA merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan Bumiputera memulakan dan meningkatkan keupayaan perniagaan. Pelbagai skim pembiayaan ditawarkan mengikut keperluan dan profil usahawan, termasuk golongan belia, wanita dan orang kurang upaya (OKU). Antara skim pembiayaan yang sesuai untuk usahawan yang baru bermula termasuk: PUTRA Fokus pembiayaan kepada belia yang berumur 40 tahun kebawah dengan had maksimum RM10K. SKIM OKU Pembiayaan kepada usahawan OKU dengan had maksimum RM50K. SEMAI Kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institut Lepasan MARA (IPMa) dengan had maksimum RM50K. DanaNITA Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera dengan had maksimum RM150K.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) disokong oleh pelbagai agensi yang berperanan membangunkan ekosistem keusahawanan dan koperasi di Malaysia. Sekiranya anda baru memulakan perniagaan dan mencari geran pembiayaan yang sesuai dengan keperluan anda, KUSKOP menyediakan senarai agensi dengan geran atau geran padanan yang sesuai, antaranya: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp Malaysia Skim Pembiayaan TEKUN Niaga oleh TEKUN Nasional Skim Pembiayaan Teman TEKUN oleh TEKUN Nasional
Program Agropreneur NextGen (PAN) merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro. Program ini meliputi aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor tanaman, ternakan, perikanan serta industri makanan dan asas tani. Kumpulan sasar: Warganegara Malaysia Berumur antara 18 hingga 43 tahun (Geran Agropreneur NextGen Start-Up ) Berumur antara 21 hingga 45 tahun (Geran Agropreneur NextGen Scale-Up ) Bantuan yang ditawarkan melalui Program PAN: Geran Agropreneur NextGen (GAN) Geran Agropreneur NextGen (GAN) Start-Up Bantuan sekali seumur hidup kepada agropreneur muda. Tunai bersyarat dengan nilai maksimum RM30,000. Geran Agropreneur NextGen Scale-Up Membiayai penggunaan agroteknologi seperti: Controlled Environment Agriculture (CEA) Teknologi berteraskan 4IR seperti Internet of Things (IoT ) dan Artificial Intelligence (AI) Teknologi mekanisasi dan automasi Penggunaan teknologi hijau Tunai bersyarat dengan nilai maksimum RM50,000. GAN Bantuan Peluang Kedua Membantu penerima GAN Start-Up untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana Had maksimum sehingga RM20,000 Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan Disediakan melalui program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan/ Agensi Pembimbing berkaitan dengan projek yang dijalankan. Program Galakan Pasaran Bantuan kepada agropreneur NextGen untuk mempromosikan produk dan memperluaskan rangkaian pemasaran. Sekiranya anda merupakan agropreneur muda yang ingin mengembangkan aktiviti perniagaan dan pasaran asas tani, anda boleh memohon Program Agropreneur NextGen ini secara dalam talian.
Anda mempunyai idea perniagaan berasaskan teknologi atau inovasi dan berpotensi untuk dibangunkan? Cradle Fund mempunyai peranan dalam ekosistem syarikat pemula peringkat awal di Malaysia terutama sekali kepada bakal usahawan teknologi yang mempunyai idea untuk dibangunkan menjadi produk, prototaip atau penyelesaian komersial yang boleh berkembang ke pasaran yang lebih luas. Antara bentuk sokongan utama Cradle ialah: Pembiayaan pembangunan idea dan produk Pembiayaan pengkomersialan bagi produk atau perkhidmatan teknologi Bimbingan pembangunan model perniagaan Validasi pasaran Akses kepada pasaran dan rangkaian perniagaan Antara program pembiayaan utama yang ditawarkan ialah: CIP SPARK Geran bersyarat sehingga RM150,000 Tempoh maksimum: 18 bulan Membantu bakal usahawan teknologi dan startup teknologi di peringkat awal seperti pembangunan idea, prototaip, Minimum Viable Product (MVP) dan aktiviti pra-pengkomersialan. CIP SPRINT Geran bersyarat boleh ubah sehingga RM600,000 Tempoh maksimum: 18 bulan Membantu startup teknologi peringkat awal mengkomersialkan produk atau perkhidmatan, termasuk aktiviti seperti penambahbaikan produk, akses pasaran dan pengembangan pasaran.
MYStartup merupakan inisiatif pembangunan ekosistem syarikat pemula di Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund. Ia diwujudkan untuk membantu syarikat pemula pada pelbagai peringkat perkembangan, daripada pembentukan idea dan pengesahan model perniagaan sehingga peringkat pengkomersialan dan pengembangan pasaran. Antara program yang dilaksanakan di bawah MYStartup: MYStartup Bootcamp Program intensif jangka pendek kepada bakal usahawan dengan memberi tumpuan kepada: Pembangunan idea Asas syarikat Pembangunan model perniagaan MYStartup Pre-Accelerator Program yang menyokong syarikat pemula pada peringkat pre-seed atau pengesahan terutamanya yang masih belum menjana pendapatan atau mempunyai jualan awal yang terhad. Sokongan dalam bentuk bimbingan yang membolehkan usahawan: Memperhalusi penyelesaian teknologi Mengesahkan permintaan pasaran Memperkukuh amalan tadbir urus korporat MYStartup Accelerator Program intensif 4 bulan bagi syarikat pemula untuk membuat penskalaan perniagaan melalui: Pengesahan pasaran Strategi pendanaan Perkongsian korporat strategik Kemuncak program: Hari Demo di mana syarikat pemula membentangkan penyelesaian kepada pelabur dan syarikat korporat bagi membuka peluang pelaburan dan kerjasama komersial.