Kursus Asas Keusahawanan
Kursus Asas Keusahawanan (KAK) merupakan program latihan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang direka khas untuk membantu usahawan baharu dan individu yang ingin menceburi bidang perniagaan.
Tempoh program: 2 hari
Antara pengisian program:
- Penyediaan model perniagaan (Business Model Canvas)
- Buku Panduan Asas Usahawan (padU)
- Penilaian Personaliti Usahawan MyNept
- Penginapan, makanan dan minuman
Selain daripada program Kursus Asas Keusahawanan, terdapat juga program keusahawanan lain di bawah INSKEN, antaranya:
- Pusat Rujukan Inklusif: Usahawan MADANI (PRIME)
PRIME menjadi pusat sehenti bagi usahawan untuk mendapatkan akses maklumat, bantuan, program keusahawanan serta khidmat konsultasi perniagaan secara berkala.