Pembiayaan Perniagaan MARA merupakan kemudahan kewangan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan Bumiputera memulakan dan meningkatkan keupayaan perniagaan.
Pelbagai skim pembiayaan ditawarkan mengikut keperluan dan profil usahawan, termasuk golongan belia, wanita dan orang kurang upaya (OKU). Antara skim pembiayaan yang sesuai untuk usahawan yang baru bermula termasuk:
- PUTRA
Fokus pembiayaan kepada belia yang berumur 40 tahun kebawah dengan had maksimum RM10K.
- SKIM OKU
Pembiayaan kepada usahawan OKU dengan had maksimum RM50K.
- SEMAI
Kemudahan pembiayaan perniagaan kepada lepasan Institut Lepasan MARA (IPMa) dengan had maksimum RM50K.
- DanaNITA
Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera dengan had maksimum RM150K.
Lihat senarai penuh Skim Pembiayaan MARA