MYStartup merupakan inisiatif pembangunan ekosistem syarikat pemula di Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund. Ia diwujudkan untuk membantu syarikat pemula pada pelbagai peringkat perkembangan, daripada pembentukan idea dan pengesahan model perniagaan sehingga peringkat pengkomersialan dan pengembangan pasaran.
Antara program yang dilaksanakan di bawah MYStartup:
- MYStartup Bootcamp
Program intensif jangka pendek kepada bakal usahawan dengan memberi tumpuan kepada:
- Pembangunan idea
- Asas syarikat
- Pembangunan model perniagaan
- MYStartup Pre-Accelerator
Program yang menyokong syarikat pemula pada peringkat pre-seed atau pengesahan terutamanya yang masih belum menjana pendapatan atau mempunyai jualan awal yang terhad.