Apakah E-Pelanggan
e-Pelanggan merupakan salah satu inisiatif digital yang diperkenalkan oleh pelbagai agensi kerajaan Malaysia bagi memudahkan urusan perhubungan antara rakyat dan pihak agensi secara dalam talian.
e-Pelanggan membolehkan orang awam untuk:
- Pertanyaan atau mendapatkan maklumat secara langsung
- Membuat temujanji dengan pegawai atau wakil agensi
- Mendapatkan bantuan perkhidmatan tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat agensi
Kebanyakan perkhidmatan e-Pelanggan ditawarkan dalam bentuk:
- MyGCC atau Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
- Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian
- Live chat atau chat bot
Inisiatif ini selari dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan berteraskan prinsip mesra rakyat, cepat, mudah dan telus, seperti yang digariskan dalam pelan transformasi digital sektor awam.
