Kerajaan Negeri
Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri pula tertumpu kepada hal ehwal dalam negeri seperti tanah, agama Islam dan kerajaan tempatan.

Dasar-dasar negeri dilaksanakan oleh jabatan dan agensi negeri, manakala perkhidmatan awam negeri menguruskan pelaksanaan dasar dan perkhidmatan awam di peringkat daerah dan tempatan.
- Raja dan Yang di-Pertua Negeri
- Ketua negeri dan simbol kedaulatan
- Negeri beraja: Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu
- Negeri tidak beraja: Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak (diketuai Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh YDPA)
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
- Kuasa eksekutif tertinggi negeri
- Diketuai oleh Menteri Besar (negeri beraja) atau Ketua Menteri (negeri tidak beraja)
- Ahli EXCO dilantik daripada ahli DUN dan bertanggungjawab terhadap pelbagai portfolio kerajaan negeri
- Dewan Undangan Negeri (DUN)
- Meluluskan undang-undang negeri
- Mengandungi ahli-ahli yang dipilih melalui pilihan raya
- Mesti mendapat perkenan Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri
Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri
- Negeri dibahagikan kepada beberapa daerah, mukim atau bahagian (terutama di Sabah & Sarawak).
- Diterajui oleh Pegawai Daerah atau Residen.
- Pegawai dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) atau Perkhidmatan Awam Malaysia.
Jabatan Negeri
- Terbahagi kepada:
- Jabatan negeri cawangan agensi persekutuan.
- Jabatan negeri khusus bawah kuasa negeri.
- Bertanggungjawab laksana dasar negeri dalam pelbagai bidang.
Suruhanjaya Negeri
- Menyelia pelantikan dan perkhidmatan awam negeri.
- Negeri tanpa suruhanjaya negeri (seperti Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan) menggunakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Perkhidmatan Awam Negeri
- Perkhidmatan awam negeri di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu meliputi semua jawatan.
- Negeri-negeri selainnya, jawatan-jawatan tadbir diisi oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Perkhidmatan Tadbir Am (PTA) yang dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
Pejabat Setiausaha & Kewangan Negeri (Sabah & Sarawak)
- Menyelaras semua jabatan negeri dan agensi persekutuan.
- Fungsi Setiausaha Persekutuan dan Pegawai Kewangan Persekutuan berperanan penting dalam pentadbiran negeri.
Perbadanan Awam Negeri
- Merupakan syarikat milik penuh kerajaan negeri atau anak syarikat negeri.
- Bertindak sebagai entiti korporat yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan.
Tarikh dikemaskini: 2/10/2025
Komen topik ini
