Komponen Utama dalam Sistem Kerajaan Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen membahagikan kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian:
- Badan Eksekutif
- Badan Kehakiman
- Badan Perundangan
Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Komponen utama dalam sistem kerajaan Malaysia adalah seperti di dalam rajah berikut:

Tarikh dikemaskini: 13/3/2026
Komen topik ini
