Pelan Tindakan Online Service Index (OSI)
Pelan Tindakan Transformasi Kerajaan Digital 2017-2018
Apakah Pelan Tindakan Transformasi Kerajaan Digital 2017-2018?
Pelan Tindakan Transformasi Kerajaan Digital adalah satu pelan tindakan yang mengariskan program pelaksanaan ICT Sektor Awam sejajar dengan laporan United Nation Survey. Pelan ini dibangunkan pada tahun 2017 bagi meningkatkan ranking Malaysia dalam United Nation E-Government Index (UN-EGDI).
UN EGDI adalah merupakan indeks komposit bagi 3 sub-indeks iaitu Online Service Index (OSI), Telecommunication Infrastructure Index (TII) dan Human Capital Index (HCI) yang diukur melalui UNEG Survey.
UNEG Survey merupakan penilaian sistematik ke atas penggunaan ICT dalam 193 Negara untuk mentransformasi sektor awam dengan meningkatkan keberkesanan, kecekapan, ketelusan, akauntabiliti, akses kepada perkhidmatan awam dan penglibatan rakyat. Laporan UNEG Survey ini dikeluarkan setiap 2 tahun.
Kaitan dengan Dasar/Akta/Polisi/Blueprint/Undang-undang di peringkat Nasional yang berkaitan
Dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe11) telah menetapkan sasaran pencapaian kedudukan Malaysia bagi Online Service Index (OSI) adalah ditangga ke-15 pada tahun 2020. Manakala bagi penilaian akan datang, sasaran bagi OSI adalah ditangga ke-30 pada tahun 2018.
Objektif
Objektif Pelan Tindakan ini dibangunkan adalah seperti berikut:
i.Menyokong matlamat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-11(RMKe-11) iaitu pertumbuhan berpaksikan rakyat;
ii.Menjajarkan program pelaksanaan ICT agensi dengan agenda ICT sektor awan dan hala tuju diperingkat antarabangsa;
Sebanyak 25 program dan 83 aktiviti telah dirangka dalam pelan tindakan ini mengikut jangka masa pendek, sederhana, panjang dan berterusan. Pelan tindakan ini juga adalah mengikut bidang tema penilaian yang berasaskan analisis ke atas Laporan UNEG Survey 2016 iaitu:

-2.png&w=3840&q=75)